send link to app

SEGAMAT 2030


4.8 ( 7648 ratings )
Бізнесс Довідники
Розробник: Betaworks Sdn Bhd
безкоштовно

Penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2030 merupakan dokumen peringkat ketiga dalam sistem perancangan guna tanah dan fizikal negara seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu selepas Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN).

Penyediaan SEGAMAT 2030 telah melalui beberapa peringkat kajian dan perlu dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan terhadap isi kandungannya [Subseksyen 13(1) Akta 172]. SEGAMAT 2030 akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Johor dan akan menggantikan semua Rancangan Tempatan terdahulu yang disediakan dalam Daerah Segamat di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.